Friday, November 19, 2010

satu:
bila kamu gembira
aku hanya akan mampu tersenyum.
senyum paksa
karena sebenarnya aku seakan x mampu merasakan kegembiraan itu.
dan kegembiraan aku pula
biar aku simpan saja.
sebab aku rasa kamu x berminat pon nak tahu.

bukalah hatiku agar jiwa ini bole sebati dengan jiwamu



dua:
pilunya hati kamu.
aku x peduli
dan aku tak risau
satu hari nnt semuanya akan baek2 kembali
dan pilu hati aku
jangan risau dan jangan pedulikan
sebab kepiluan ini sampai mati pon aku x mampu ubati.

tapi mungkin dengan kehadiranmu, bisa terubat kepincangan itu

tiga:
rajuk kamu
tak akan kulayan
tak akan kupujuk
tak akan kuhiraukan
sebab kamu perlu belajar untuk menghadapi hakikat
tak semua yang kamu nak, kamu akan dapat.
dan rajuk aku. kamu takkan pernah tahu...
sebab rajukkan aku sangat beradap
dia duduk diam2 saja dalam hati.



empat:
kemarahan kamu
takkan kusentuh semasa panas
bila sudah dingin kembali baru kucari
bukan aku takut,tp malas nak carik pasal.
dan kemarahan aku pula
tidak selalu aku pamerkan
ku kawal dengan kesabaran
namun kadang terlepas, mungkin kerana terlalu sakit memendam


aku:
kelemahan aku
jarang aku sedar
dan kekuatan aku
jarang aku nampak
kerana cermin yang aku pakai
hanya bisa menayangkan butir2 jerawat
dia x punya kuasa sakti untuk pantulkan
niat dalam hati
malaikat dan syaitan
kadang2 memang pon selalu keliru dibuatnya.


dan tangan aku
tak perlu kau pimpin
sebab aku tahu macam mana nak carik jalan
tapi jangan juga aku kau tinggalkan
meraba-raba dalaam kegelapan siang

kau buatlah keputusan, kerana aku masih jua seorang insan. punya hati. punya perasaan.


Friday, November 12, 2010

fantasi evolusi

semakin berkembang maju. dan juga semakin membesar.
kau juga semakin creative dan itu bermaksud kau semakin pandai.

dulu malam2 kau kene buat kerja sekolah. sekarang buat assignment.

dulu nak periksa mak suruh baca buku. sekarang kau perlu study.

ingat tak lagi masa kau bersungguh-sungguh potong majalah sebab cikgu suruh buat buku skrap?
hm. sekarang sengsara tak bila masa kau bertungkus lumus siapkan research projek pada saat2 akhir?

kalu dulu kau mencarut kau sebut 'babi'. sekarang kau dah terer men'fuckyoubebeh damn shit what the hell''.

kecik2 dulu kau cuma tau jantina perempuan dan lelaki. sekarang kalau kira mungkin dah ade 5 6 7 jenis jantina manusia.

ah. kau perasan sesuatu. tu semua hanyalah perubahan2 istilah dalam kehidupan kau. itu semua bukan indicator yang menunjukkan kau semakin hebat dan berkembang maju. kau kene tahu, itu melambangkan kau kini berada dalam frasa yang baru, tingkat2 pada umur kau itu.

satu hari nanti, baru kau akan berjalan atas tanah.betul2 berjalan. sebab sekarang kau ade tongkat di kiri dan kanan. juga2 tilam yang menyambut kau bile kau tergolek tersembam.
semua yang kau buat, banyak impaknya pada diri kau sendiri dan orang laen. bukan setakat kau fail exam macam sekarang.ape kau kesah kalau fail kan? bukan bole bawak mati pon. lain la kalau kau nak bunuh diri.

takpe. suke hati kau lah. dan suke hati aku jugak.
ending dia senang saja nanti.

sama ada syurga, atau bukan syurga. senang kan?






Thursday, November 11, 2010

a hug, please..



can someone,
give me a hug
please.....??

















thanks.... i feel better

Friday, November 5, 2010

this is how i look during final exam.


ya. beliau sangat bijak. apabila gadis2 yang lain dihasilkan dengan sangat comel. tiba2 part bukanputeriraja, avatar nye tibe2 menjadi garang. haha. beta sangat2 setuju.

ada juga yang membawa senyuman ketika wajah ini selalu dikerut-kerutkan.


Bukan Puteri Raja


hehehee....
terima kasih la ye Encik Nyetok!


Saturday, October 23, 2010

bukan patung2 dari sehelai kertas


Bias : to cause partiality or favouritism in (a person); influence, esp.unfairly
Discrimination : Treatment or consideration based on class or category rather than individual merit; partiality or prejudice.

Can i say there is no such thing as bias and discrimination?
Everyone should not be treated the same way. there's not even slight resemblance between you and me and everybody.
In fact, we should feel special and appreciated for our dissimilarity.



Don't try to be different, you are.







Tuesday, October 12, 2010

help....!! drama queens are everywhere...!!


help..!!!
helpp........!!!!!

please stop all the drama. plis....plis..... :0


















haha... am i becoming like one? never.

Monday, October 11, 2010

puteri gunung tidor

sekali lagi mimpi yang mengecewakan.
mimpi pasal dia selalu jatuh dalam kategori mimpi yang lucid, bermakna aku boleh mengawal segala yang berlaku. malangnya tidak
kenapa setiap kali, aku nampak dia di depan mata. cuba berkomunikasi pasti tak berjaya.
aku mengaku, aku masih rindu padanya sejak kali terakhir kami berjumpa. sudah lama. 2 tahun barangkali.

aku sedang hampir menangis dalam mimpi kerana frust apabila tiba2 ring tone nokia kacau line.lagi.

''te de teng2..te de teng2... te de teng, teng, teng..''

sila lah lagukan ring tone itu sendiri. hanya orang yang tinggal di pluto sahaja yang tak pernah dengar irama itu.

aku terjaga dan meraba-raba mencari telefon nokia yang berharga 95 ringgit itu dalam kegelapan.
mane? mane? bunyinya sangat kuat tapi payah benar mencarinya.
owh, seperti biasa, telefon murah itu sudah tergolek di bawah katil. lalu dengan bersusah payah aku menghulurkan tangan gemuk ini ke celah dinding.

ah, sudah dapat, tertera di skrin hitam putih itu ''o648**729''
lalu aku menjawab dengan suara penoh bersemangat. , ''hello..!''
suara di hujung talian menjawab, ''buek apo tu...tido ko?''
haish, penat aku menjawab dengan suara paling segar bugar, abah tetap tahu aku tido.


tanpa rasa bersalah, aku menjawab. ''eh, takdelah...tgh duduk dalam bilik ni haa..''
ya betul. duduk dalam bilik adalah bersamaan dengan tido mati.
aku menipu abah. sia2 sahaja dosa aku diampunkan pada hari raya bulan lepas.

''dah makan ko bolum ni?'' abah tanya dengan nada lembut dan mesra.
alamak. sekarang ni pukul berapa pon aku tak pasti. yg pasti hari sudah gelap.

''aa...dah. makan pukul 6 tadi'' haih..tipu lagi. padahal perot ini masih kebuluran menahan lapar dari tengah hari.
aku masih ingat, masa sekolah asrama dulu, aku selalu tak dinner. sebab lauk tak sedap. dan kadang-kadang apabila abah menghubungi telefon bimbitku yang dibawa masok secara illegal ke asrama, abah pasti bertanya soalan yang sama. ''tadi makan apo?''
dan aku pula akan mereka-reka cerita aku makan lauk yang sedap. aku tidak sampai hati untuk memberitahu aku tidak makan apa2 pada malam itu. aku kenal sangat perangai abah. hatinya tak akan tenang jika dapat tahu anak2nya tidor dalam kelaparan. maafkan anak. anak lagi rela menambah dosa daripada membuatkan abah kerisauan sepanjang malam. hari raya nanti, anak mintak maaf lagi. itulah yang sering berlaku sepanjang 5 tahun penghidupan aku di sekolah berasrama....

setelah berbual beberapa minit, kami pon mengucapkan bye kepada satu sama lain.

aku pon melihat jam di telefon bimbitku. oh, baru pukul 7.35. kali ni aku tak terlepas waktu maghrib. terima kasih kepada abah. kalau tak, pasti aku masih hanyut dalam mimpi yang sangat frust itu.

sangat syahdu nak balik ke kampung halaman hujung minggu ni. see u, abah! (macam la rumah jauh sangat, over tau!)



ala bah..pandang la kamera. jangan malu2




haa..macam tu la =D




Thursday, October 7, 2010

mouth, heart and brain.


i have mouth, teeth and touge. so i can talk very well. but not much.
its not that i hate to talk, but sometimes i may appear stupid and get overly exited when i talk more than the quota provided by the mind.
so don't get offended when i remain silent after you told me so many things. silence does not reflect ''i don't care'' or i don't understand wut u r saying, its just i my conscientiousness shut everything up.

that is why i prefer to speak. and you ask me what is the difference between talking and speaking? i don't know. its just when i use the word 'speak', i feel like my level of wiseness is slight better than other. okay don't kill me for saying that. sometimes i also need to be quite perasan. just like you.

most of the time, i hate myself when i speak. the words that came out usually hurt. not me, but you people. later when i see your super kecik ati face, i make a promise to myself '' i will never say something like that again''. and that is where the cycle of silentness begin.(silentness?). until it reaches a point where i have to speak up again.





hypocrisy is my biggest talent. oh, not just me? u also own it?great.
let not be ourselves. what's the point of being you when at the end of the day people will be disgusted by just looking at your face. at my face. and everybody is disgusted with everybody.
thanks to our superego for not letting the id out from us. that is how we human able to appear as an acceptable figure, the ego.



i don't ask you to like me for who i am. because my true self is not likable at all.
just accept me for who am i able to be. ok la. it is ok if you don't want to because actually i hate you too. i told you rite? hypocrisy made you think that i love being around you but deep inside i wish i could @#@%#^#*#^#&^@^ (oh, that was just a typographical error, i don't curse, you know. it will make me look silly and dirty)

after writing for a while, i realised that i don't deliver anything beneficial to the community, religion either the country.(what the...)
and after reading for a while, you maybe start to feel sakit hati.


so mari kita sakit hati sama-sama


save and can't find it anymore

oh sudah lame tak merepek-repek.
bukan merepek jugak sebenarnye. dalam kate lebih tepat, bagi nasihat yang bukan2 pada diri sendirik dan orang lain.

dah lame jugak nak mula bercakap semula. tapi akibat kemalasan dan kesibukan, segala kata2 yang diatur cuma tamat sebagai pemikiran yang tak keluar2 dari dalam otak. susah sangat ke nak transform fikiran jadi tulisan? heh..

kesian idea2 beta yang mencurah-curah tu. selalu dibazirkan. betul.
bila duduk dekat bus stop, tiba-tiba dapat idea, ''haa, ni bole tulis dalam blog..mesti best''
balik rumah, tido.
bila berangan dalm kelas, dapat idea lagi ''wah..ini bole diulas dalam blog.''
balik rumah..''eh..ape bende tadi eh?''
lalu..kesepian la muka surat di blog ini.

so, sekarang dah tak tau nak tulis ape.
nak membebel pasal politik, rase pemikiran ni macam tak cukup luas lagi. hm, nak meluah perasaan lebih2 pon rasa tak patot jugak. nak bagi ayat2 cinta, jangan harap.

oleh itu,patutkah beta menunggu idea yang lain yang bakal datang dan bakal hilang.?




nota halus: penceramah motivasi masa darjah 6 dulu cakap, ''kalu nak berjaya, bawalah buku nota ke mana2 juga''

Saturday, August 7, 2010

Berjaya Times Square


ya. berjaya times square.
kali pertama menjejakkan kaki di berjaya times square indoor theme park adalah ketika tiketnye ditulis ''CHILDREN''.
tapi sekarang bile pergi tiketnye sudah ditulis sebagai ''ADULT''. kan banyak bezanye tu?
dulu kurus, sekarang overweight.

tujuan pos ni bukan la nak berlagak dekat korang yang beta ni hebat main semua game ganas2 tanpa rasa mual malah cool sekali. tapi memang betol la, kawan2 yang laen maen sikit dah mual, pening kepala nak muntah. taPI beta sorang je maintain sihat walafiat. jom tgk skit ape yang ganas sgt tu?


Space-Attack

huh. yang ni memang thrill giler tak beragak. mula2 naek skali menjerit suara macam pondan. sebab memang sangat,....AAArghh...!
tak puas hati, beta naek sekali lagi.'kali ni rase best giler. orang laen pulak menjerit macam pondan. beta rilek je nergosip ngan ain, '' cute gak mamat rambut panjang depan ni''



Dizzy-Izzy

hah. memang sesuaila name dizzy-izzy, abis je maen natang nih, waida teros lari masok toilet muntah. hahhahahah. naseb baek toilet dekat.








Supersonic-Odyssey
a.k.a roller coaster.
DNA-Mixer

dasat. rasa macam nak tercampak bijik mate maen bende nih. due tige orang perempuan tercabot tudung sebab maen DNA- Mixer . giler. dekat dinding belakang DNA-Mixer ni ade banyak giler tepekan muntah. serius, x caya pegi la tgk sendirik.perrghh..dasat. tapi beta still maintain sihat.

Ooort's-Express
permainan yang mampu mengeratkan silaturrahim. nak tau kenapa, g maen sendirik.
bagi couple2 yang rase2 nak memelihara kesucian diri, janagnlah naek bende ni same2.takot ade yang ternoda pulak!

part lagi best..mase nak naek roller coaster, nmpk ade org muntah... cepat2 mereka kene panggil cleanerr..hahaha..nmpak live org muntah depan mata.




lagi best wooo... lepas turun dari Ooorts -Express, tibe2 dengar bunyik ''cciiaakkk''...rupe2nye ade sorang pompuan muntah . muntah atas baju beta pulak tu.berlari larilah beta ke toilet. terima kasih la.



Monday, August 2, 2010

tidak perlu tajuk yang poyo dan tertekan =D

''kegagalan.
peringkat hidup yang kali ini penuh dengan kegagalan.
mungkin sudah terbiasa dengan kejayaan dan kehebatan yang diperolehi dengan cara yang mudah pada masa lalu.

biasa sekali mendengar. bila gagal.akuilah kegagalan itu. selepas itu, cara punca dan jalan penyelesaiannya.
namun hairan sekali. sudah berkali-kali mengakuinya. dan sering kali juga kegagalan itu dicanang-canangkan. seolah-olah sudah menjadi kebiasaan. dan hampir menjadi kebanggaan.
sering ingin menunjukkan siapa punya kegagalan yang lagi dasyat.

jala-jalan penyelesaian selalau sangat difikirkan. tapi jarang sekali ia dijalankan.

kadang2 rasa seperti semakin bebal. jika engkau boleh lakukan, maka aku juga bisa sebegitu,bukan?
adkah kerana sering tersilap langkah? atau sengaja langkah itu diperlahankan untuk biar kau jalan dahulu. tidak boleh dibiarkan sebegini kerana lambat laun makin jauh pula ketinggalan.

tangan ini rasa kosong kerana seperti tiada yang menggeggam. mungkin juga salah sendiri kerana ego dan lebih suka berjalan seorang. cuma disuluhkan dari jauh, dan selekoh dihadapan terpaksa pula meraba dalam kelam.

belom lagi tiba di penghujung jalan, tapi persimpangan semakin jelas kelihatan.
adakah ke kiri? mungkinkah ke kanan?''

Saturday, July 31, 2010

30 JULAI

.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
30 JULAI
lagi

30 Julai
sudah pergi
kalau sempat tahun depan jumpa lagi

30 Julai
kisahnya biar ku simpan sendiri.

Wednesday, July 28, 2010

tak cool la!

huh..
sape rase die cool? sape selalu mendapat ayat '' cool la kau ni'' atau pon ''giler cool kau ni..''.
haa..mesti orang tu cool. sape tak pernah dapat ayat macam tu, tak payah nak perasan. korang memang tak cool.

ha. beta nak bagi tau. beta ni 'cool' orangnye. sakit hati tak bace statement ni?
naseb la sape yang sakit hati tu. da beta selalu dapat ayat2 cool tu, nak buat camne kan?
sape rase menyampah cepat2 tutup page ni. cepat tutup. cepat tutup.

bukan ape, saje je nak poyo2.
ye la, orang cool mesti la poyo kan?
'cool' + 'poyo' = poyool. eh. tak eh? tak boleh eh?

hm. matlamatnye sekarang, beta just nak bagitau.. hari ni beta rasa sangat tak cool.

sangat tak cool bila duduk tunggu bas sorang2 dekat bus stop.
duduk dekat bus stop sorang2 sambil pegang kertas exam.
pegang kertas exam dekat bus stop sambil meleleh aiiirr mata~~
alamak.....! giler tak cool la hari ni.
ishh..buat malu je. yang mamat cine hensem dok sebelah beta ni asik ngintai2 pesal? saje je nak buat beta rase lagi tak cool..


SUDAH.

jom2 cerita pasal orang laen pulak.
taun lepas kan, ade orang bernama XxX.
kisah die lagi seronok.

Pada suatu pagi yang nyaman sentosa... beta menemani XxX pergi ke seberang jalan. Tujuan kami ke seberang jalan adalah untuk mengambil result peperiksaan bahasa inggeris antarabangsa beliau. (giler susah nak translate,,IELTS la). ditakdirkan, beliau agak kecewa dengan pencapaiannya. (part ni tak seronok eh).


Lalu..beliau pon menangis la di tepi jalan. sambil beta menemani...
beta pujuk. beliau nangis.
beta pujuk lagi. beliau nangis lagi.
jadi, beta pon duduk je la diam2 di sisi beliau.
TIBA-TIBA.....

datang la seorang jejaka berbaju biru gelap yang kacak bergaya dengan muke yang penoh mengambil berat.
jejaka itu bertanya dengan nada kerisauan.


''dik....kenapa ni?? apa dah jadi...?!''
lalu beta pon tolong jawab, '' xde ape bang, kitorang baru amik result exam tadi..hihik! ''
''oh................~~~''

lalu pemuda itu beredar sambil menggaru-garu kepala dan tersenyum kambing kepada rakan2nya.
nak tau siapa pemuda itu?
beliau adalah seorang anggota POLIS.
giler cool!

Sunday, July 25, 2010

REVENGE

Revenge. Itulah tajuk cerita yang dihasilkan oleh kumpulan kami.
Tahniah la Ms Prem sebab anda sudah berjaya memaksa sekumpulan pelajar undang2 untuk menghasilkan sebuah cerita fantasi. bukan la fantasi. Creative writing la konon. Pastu suroh present pulak tu.

Punye la rumit proses nak mereka cerita ni. Ade je yang tak setuju.Asik2 gadoh. Pastu gadoh lagi dan lagi. Lalu, beta menggunakan kuasa veto beta. Beta paksa ahli2 kumpulan beta untuk menggunakan idea beta. Best ke tak best, belakang kira. janji siap!
Haih..pastu, kebetulan dapat ahli2 kumpulan yang x berapa pandai melukis.
Laalu, terhegeh-hegeh la kami menghasilkan lukisan2 yang menyedihkan ni. Tak sangka pulak ade group effort gila buat presentation guna Movie Maker. Tak pon, ade yang edit2 gmbr guna photoshop ke adobe illustrator ke bende ntah. Aduh, rase 'rendah diri' giler bile beta cume gune Paint je. (mak aii,..malu eh). Lalu dipersembahkan gune powerpoint.

Tapi , ok la.. at least cerita group beta ni sume org bole layan, xde la syok sendirik sangat..wihaaa..

haa..kat bawah ni versi yang dah diringkaskan.marilah layan bersama. ;p



Ini. professor N. Professor N bercita-cita nak mencipta "Time machine". Ini adalah kerana Professor N rase die hampeh giler sebab x pernah cipta ape2 yang berguna.


Professor N dah ade cukup idea dan maklumat. Tapi prof N x cukup duit.
Nak pinjam bank asik kene reject.
Nak gadai rumah, takot bini marah.
Lalu... Prof N kene carik cara laen nak dapat duit.






Satu hari prof N nampak iklan.
Paham2 la. Iklan Ah Long Bukit Beruntong.


Prof N pon pinjam duit dari Ah Long.



Dipendekkan cerita, selepas time machine siap, Prof N x mampu nak bayar...



Prof N dibunuh oleh ah long.
dan ' time machine' yang diahasilkan oleh prof n telah dirampas oleh ah long.
Tapi ah long bodoh. ah long tak tau nak gune time machine tu. die simpan je buat pameran.





Bukan setakat bunuh prof N. ah long itu telah mengahwini Melati, anak perempuan prof N sebagai ganti rugi.
Anak prof N sangat sedih. Dia benci ah long itu sangat2.




Tetapi, melati tetap melayan ah long itu dengan baek.
hari2 Melati masak sedap2.
Inilah menu yang dimasak oleh Melati setiap hari. Ni baru breakfast. Belom lunch lagi.




Akibat kelazatan masakan Melati, ah long itu menjadi semakin gemok.. gemOK..geMOK..GEMOK... dan GEMOK lagi..




Satu hari, Melati menawarkan untuk ajar ah long gemok itu cara2 untuk menggunakan 'time machine' ciptaan arwah ayahnya. Sebenarnya, Melati ada niat tersembunyi.

Apabila Melati menunjukkan cara2 untuk menghidupkan ' time machine ' itu, melati telah menyepak ah long gemok ke dalam time machine . lalu ah long gemok
dihantar ke masa yang lalu.





ke zaman DInosour..!!



Kerana ah long gemok itu sangat gemok, dia tidak mampu untuk berlari apabila dikejar oleh dinosour.
Lalu ah long pon telah dibaham dinosour.





R.I.P
Roh prof N pon menjadi tenang.





THE END.



(adakan cerita ini sangat sedih?)
p/s: kalu korg perasan, gmbr prof N yg same telah di'recycle' berulang-ulang kali untuk babak2 yang berlainan. crop dan tampal saje!







nota sayang: Thanks to Caleb, Nina, Syak, Tan and me!



Wednesday, July 14, 2010

pencurik

orang zaman dulu dulu dulu tak reti berniaga.
mereka gune sistem barter, tukar-tukar barang.
tukar ayam dengan ubi kayu.
tukar pisang dengan telur itik..
tukar jagung dengan daging salai.. dan macam-macam lagi

lepas tu diorang pon pandai berniaga siki-sikit.
jual garam , beli garam
jual kicap, beli air gas..
jual kopi, beli kopi... dan macam-macam lagi.


tapi
orang zaman sekarang pon pandai berniaga.
macam2yang diniagakan. kalau orang zaman dulu2 dengar barang2 yang diniagakan sekarang, mesti dorang rasa heran dan terkezut. da tu, kalu xnak beli secara halal, bole curik2 pulak tuh.


beli air, juaal air
xnak bayar bil air, curik air
kesian SYABAS

nak menyelam, beli oksigen
hm.

nak buat rumah, beli pasir,
x cukup bajet, curik pasir
korek2, bawak lari.


kesimpulannye, xde kesimpulan







nota halus: sebenarnye tak tau nak post ape. tibe2 bukak Tv3 ade berita orang curik air..heeee




Saturday, July 10, 2010

welcome

welcome my dearest sisters to A0705 Casa Subang.
should i call them juniors?
so i'll be the senior?
actually, i don't really care about that.
its just, i want to tell u guys how lovely they are.
again. welcome sis.




Junior 1:
the very first thing she asked me is: ''how many indians, chinese and malays in this house??'
and i told her : ''4 malays, 2 indians and one chinese.''
then she spoke with her parents using her mothertounge with frowning face. well thanks, such a ''very good'' impression u gave me.



Junior 2:
instead of asking '' what is ur name?'',
the junior asked, ''what is the password for the wifi??''








yeah, nice beginning for youuu and all of us

Friday, July 9, 2010

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



tunggu kau jumpa yang laen dulu
baru kupercaya kau sudah tak mahu aku
lalu akan kugagahkan kaki
untuk bergerak kehadapan lagi

Tuesday, July 6, 2010

dia sudah pulang ke pangkuan....


5 july 2010
jam 9.45 malam.

kau merupakan antara makhluk tuhan paling indah yang ak pernah miliki.
walaupon ade rakan2 ku yang tidak menyenangi kehadiran engkau disampingku.

aku tak tahu apa salahku.
tiba2 engkau pergi tinggalkan aku.
jangan riasau, pemergianmu tidak akan ak tangisi...pergilah

aku masih ingat, aku jatuh cinta padamu pandang pertama.lalu nekad mendapatkanmu.
laen kali, kalu ade yang berjaya menarik hatiku lagi..akan kubiarkan sahaja.
kerana ak x sanggup nak kehilangan sesuatu yang seperti kamu lagi
tempoh kita bersama x lama,
nasib baek x lama...xde la aku sedih sangat kan..

maafkan aku kerana mungkin ak kurang ilmu untuk memeliharamu.
dan aku maafkan kamu kerana menggigit bibirku hari itu.

















R.I.P Awang
tikus mondok yang garang

Monday, July 5, 2010

semua orang nak rasa dirinya femes

Zakiah Thompson: ''saya sedang makan..oh enaknya..!''

Enon Lazer: ''owh..just got back from his house.so tired.''

Siti Syakilala: ''bye korang, nak pegi shopping dekat mydin ni''

Andrew Jidin: ''argghh..geram! fuck you man.''

Ahmad Que Haiderrr: ''studying hard for final exam. calculus i hate you.''

Wak Din Comel: ''busy! i need more time. god please make it 25 hours a day.''

Lionel Messi: ''i've got a very big dark dirty secret''



ahaha.. ape sume tu?
ala, macam la korang x biasa bace sume ni.. ni kan ala2 status kat facebook yang korang suka update. ok. bukan korang la. kawan2 korang.aha.( x nak mengaku pulak).

theres nothing wrong with. its just, don't u realised that those status sound so VAIN?
haha. yah vain. because i just read something bout facebook and its written there..~~

''The driving force behind the success of facebook is.. vanity''

so, i keep thinking. wut does it means? hmm..
yaa..now i get it. people love the idea that others are watching what they're doing.!

yes. u love it when people know u're eating.
u feel good when people know u're stressing out.
u like it when people know that u're hardworking.
u happy when people know u're out for date with ur damn hot girlfriend!.. (ok, lame..)
and at the same time u don't realised that people know that u don't have enough time for work, but u have a LOT of time for facebook. haha


oh please don't feel offended with wut i'm saying. i also do that SOMETIMES. i swear! sometimes only. only when i get bored.haha. i repeat, there nothing wrong for u to update such statuses. u hurt no one right? haha.its just i'm trying to express my feelings and thoughts about facebook users. which is you, and me. haha. (again)

you can continue with ur vanity. because there is nothing wrong with it! haha ( oh.it sounds so sarcastic)
and please don't stop updating ur statuses, ok? haha.

after realising about the fact that we people are sooo vain, i just can't stop smiling.ha.
eh, but still, i like those who posted words of wisdom, articles, videos...which are not..so...vain.yeah.



you know what?
i'm sleeping rite now!







nota halus: ok..rase sgt pelik post dlm bahasa omputeh, fake giler rasenye.


Thursday, June 24, 2010

mr.right prince charming.


aishh...cik lela..
kita nak maen tag2 eh..?
ok2..terima kasih kerana menge'tag'
and aicha, thanks sebab bagitau, kalu x i x perasan you...

soalan x bole bla,pasal lelaki idaman.ceh.
rasa macam budak 14 tahun pulak nak kene jawab sume ni.ahk ahak ahak



1. How tall should he be?

standard la. kalu bole xnak la rendah dari saya. tapi kalu rendah skit pon xpe la.
murah rezeki orang cakap.hak hak
betul, abang saya pendek skit dari akak ipar saya, anak mereka ade 4.


2. What hair colour should he have?

x kesah la. die dah ade ramput pon syukur ape.
x baek tau soklan ni..kalu saya dapat lelaki kaye ade kereta lamborghini tapi botak cane?
actually, kalu dapat yang kaler purple pon ok gak.

terlebih posing la mamat ni


3. What kind of personality should he have?

x tau la. personaliti ni x bole mintak2.
kadang2 we just fall for him. even perangai die hampeh dowlll..
(tapi nak macam james marsden yang berlakon 27 dresses tu bole x?)


4. Older or younger?

abah saya cakap, carik yang lebih tua.
sebab nanti bile da umur 50 taun, bini nampak mude skit ok, tapi kalu laki nampak mude cam x best la


5. What film actor should he most be like?

james marsden


6. What singer should he most be like?

haa..macam ni..''Hai, nama saya Rain''
macho x? macho x?

7. Do they need to cook?

''eh..x payah..x payah
biar saya yang masak ye bang, abang basoh pingggan, sapu lantai, potong rumput..etc,etc.etc...''
ahak, x kesah la, janji ade duit nak kasik saya makan


8. What is his best body part?

hihik.
dada bole? hik..
malu la..tukar la..
mata. ok?


9. What car should he drive?

kereta?
kereta mahal yang cermin tinted sampai 90%.
barulah kelihatan hensem kereta tu di samping beliau.
eh..dy tanye wut car eh?salah jawab pulak.
mitsubishi evo 10 should be fine.tapi kalau xde kete pon saya x kesah la. rempit pon romantik ape?




10. What one thing completely turns you on?

''............................................................................''
haaa.tu dia..


11. Who was the guy on your mind when you were doing this survey?

alamak. asal asik nampak muke Khairy Jamaluddin je ni?




12. Tag people to do this survey too.

takyah r..kalo rase tak cukup kerja umah bwat la...tapi jangan report pasal aku kat cikgu kalau keje tak seap..
(ini copy jawapan aicha)
actually nak suroh nina buat..tapi annn.... =p