Wednesday, August 22, 2012

31 ogos

macam biasa 31 ogos akan datang lagi. mood patriotik pon melonjak-lonjak.
tapi macam biasa jugak aku akan punya mood yang sedikit berbeza dari orang laen.

31 ogos 2004.
hari tu mak tak berapa sihat. sebenarnya dah beberapa minggu mak tak sihat. so, setiap kali pulang bermalam aku kena take over tugas memasak mencuci semua. tugas memasak tu la yang paling terhegeh-hegeh sekali. confuse dan letih sebab takde orang nak tolong. dalam tak berapa rela aku buat jugak.

tgh hari tu aku tengah kelam kabut nak prepare lunch. tiba2 bancik datang ke dapur, dia cakap mak lapar. mak mintak roti dan susu. Maisarah yang berumur 13 tahun pada masa tu pon menjawab, '' ala.. kau la buatkan cik. tak nampak ke den tgh buat ape ni..??'' bancik jawab. ''tak nak, kau la buat''
lepas tu dengan selumber bancik blah dari situ.

so, takde orang buatkan roti dan susu untuk mak.

tak lama lepas tu, mak tiba2 sesak nafas. mintak dihantar ke hospital. cepat2 bang ajo pecut kereta ke hospital dengan abah sekali. yang laen stay kat rumah, tengok perarakan hari merdeka.

lebih kurang pukul 11 pagi telefon berdering. bancik jawab.
bancik cakap mak dah takde.

sampai hari ni aku terkilan sebab tak sempat buatkan roti dan susu. hajat terakhir mak nak makan.
sampai hari ni. luka tu tak pernah jadi parut. sebab hari2 berdarah.



Al-Fatihah untuk mak.
Ya allah ,sayangilah emak. kasihanilah dia.