Saturday, May 11, 2013


Kesian. ni lah muka2 yang terpaksa layan perangai aku yang mengada-ngada dan attention seeker ni. Selalu paksa diorang dengar cerita aku. "Wei korang dengar lah ni...dengar lah nii..." macam tu lah ayat aku tiap kali. Kalau aku nak melawa, dorang ni lah jugak yang jadi mangsa. Masa nak pergi Malaysian Night, Moon Lantern Festival... nak pegi sembahyang raya, semua korang kene paksa tolong tengokkan baju ape nak pakai.
Especially masa raya,  aku paksa semua orang keluarkan tudung sebab aku takde tudung yg match nak pakai dengan baju. satu malam tu korang duk mengadap perangai aku je. Thanks tau. :)


Sekarang ni dah tambah satu lagi perangai, kene layan 'feeling' aku pulak kan. Padan muka.





















p/s: Jangan selalu sangat tinggalkan aku sorang2. nanti aku nangis.

Thursday, March 21, 2013

Kekuatan untuk terus berjalan





Hari-hari aku cuba menjadi gembira. Terus menjadi seorang yang membuat orang lain ketawa. Memang berhasil, kerana sejujurnya aku rasa bahagia.

Tapi kenapa pada masa yang sama, aku tetap menangis setiap malam? Sejak abah pergi, setiap hari air mata adalah satu kemestian sebelum aku lelap dan hanyut dibawa mimpi.

Ke mana pergi kekuatan yang satu masa dulu Allah pernah kurniakan kepada ku?

Setiap malam aku mengharapkan abah dan mak datang menjenguk dalam mimipi. Tapi kenapa harapan itu tak pernah tertunaikan?

Jujur aku berasa sakit hati, tetapi takkanlah kepada tuhan hendak aku marahkan.
Sangat aku merasa benci kerana tidak sempat berbakti, tetapi percaturan tuhan takkan aku persoalkan.


Aku ku kenang setiap hari, wajah emak yang tersenyum di samping pokok bunga melur kegemarannya.
Akan ku ingat setiap detik, abah menghirup teh di waktu pagi sebelum memulakan harinya.

Akan aku berusaha perbaiki diri, agar Allah menjemput aku ke syurga, supaya dapat bersama mereka selamanya.

Wednesday, February 13, 2013

someone ask: 'do you like him?'
the answer has always been a yes. it's just so hard for me to tell.

Tuesday, February 12, 2013

pabila berada di satu tahap kesedihan. di mana air mata pon tak dapat gambarkan apa yang dirasa.

kala dihimpit penyesalan. takkan terganti walau ditawarkan seisi dunia.

bila dirundung kegelapan, hingga tak hirau terbitnya cahaya.

tapi bila saat ku ingat tuhan. cepat2 hati menjadi redha.

mengapa pamerkan kesedihan, bila ada pilihan untuk gembira.