Sunday, October 30, 2011

Ape semua ni?!

Ola Oli
Kuberi nama, saudara saudari
Cikeboom! cikeboom!

Malam-malam minggu
Siang-siang hari
Disko! Disko!

Merah-merah melati
Ali Baba
Putih-putih jelita
Miau miauu

Siapa baik hati
Cinderella
Lama-lama jadi..paatung!



Siapakah komposer kepada lagu kanak2 yang sangat hebat ini? Lagu 'Tolong Ingatkan Aku' pon takdapat menandingi tahap keabstrakkannya.

Mengandungi watak2 misteri yang langsung tidak berkaitan antara satu sama lain, lagu ini terus menjadi tanda tanya. Siapakah Ola dan Oli.? Adakah mereka bersaudara? Apakah pula hubungan Ali Baba dan Cinderella? Bagaimana mungkin watak dongeng dari 2 benua yang berbeza boleh disatukan?

Selain turut mempromosikan aktiviti berdisko kepada kanak2, lagu ini membawa mesej yang agak terpesong iaitu.. jika anda menjadi seorang yang baek hati, nescaya anda akan disumpah menjadi patung!

Sunday, October 23, 2011

Aren't you just the glass?





1001000 1101001

Id
Ego
Superego



Nafsu Ammarah Bissu'
Nafsu Lawwamah
Nafsu Mutmainnah




they are exactly the same thing. Freud's structure of mind theory, approved. Now let us investigate where did you get that Psychosexual Development theory.









p/s: malasnya nak ulas semua tu. sila pegi google sendirik.

Wednesday, October 19, 2011

air masin yang mengalir di wajahmu

bak kata Coldplay, ''every teardrop is a waterfall''


how about ''every teardrop is a drama?''


i say ''every teardrop, the onion is liable for it''

Monday, October 17, 2011

Sedapnye Nescafe.

When everyone around me saying ''yes''.

I say ''not yet''.

.................


Fikiran pulak bertanya ''bila lagi?''.

Hati berkata ''belum lagi''.

...................


They say you can kill two birds with one stone.

True. Maybe. Sometimes. In very rare cases.

Do both birds really died?

Maybe one of them just slip into comma. Who knows?

.........................


Sambil menyelam minum air.

Hilang dahaga. atau mati lemas?


.............................


How about pigs?
Most of the time, the red bird failed to kill all the green pigs by himself. So the blue, black, yellow and the fat white bird come into action.
Because not all pigs can be reach by the red angry bird.
Or you can just shake the block. without even touching the one hardcore pig, it sometimes rolls and falls and dies.
Success.
Again. Who knows?





























sometimes i don't really know what i'm saying. you know what i'm saying?

p/s: hampir 5 minit fikir, nak letak tajuk ape untuk post kali ni. sambil minum nescafe.









Sunday, October 16, 2011









Abah bawa Adam memancing.





Saturday, October 15, 2011

Modest2



A trilogy of : Modest, by Julia Ahmad.






Aishwarya
: Why do muslim women have to cover everything except the face and the palm.? Why can't they just wear what they want, but still modest?


Wak Joko
: How do you define modest? (waduh,nervous wak nak kene cakap orang putih ni)


Aishwarya
: Look at me, I am wearing my saari. (Abishek bought it for me,btw). i don't expose my chest, or my leg or my back. it's modest and elegant.


Wak Joko
: Yes. i agree. it is modest. for your culture.
ooowwh... malay's baju kurung is also modest. they are not revealing at all..hmm..


Aishwarya
: See.. ? you have no option but to agree with me. :p


Wak Joko
: Hmmmm... ..... .... Oh, and for the European, a dress is modest. ...
Haa.. and for the English, a short skirt is modest and sweet.
Wait. the people in United states may consider a spaghetti straps is modest enough for them to go out to the mall. (wak tak paham kenapa makanan boleh dibuatnye pakaian pulak. waduh)
Hmm.. Have you heard of Papua New Guinea.? For some of the indigenous group, their women can just walk around wearing NOTHING but a piece of cloth covering their genital, revealing the breasts. modesty! for them. fuhhh (boleh tergugat iman wak kalu dibawa bercuti ke sana. astaghfirullah..!)



Aishwarya
: O.0
It seems that we have different definition for different culture......


Wak Joko
: Yeah. that's why muslim women follow only one guideline, in which the level of modesty is undebatable.














p/s : every character is fictional. ;p




face and paws..you mean like this?
(sekadar gambar hiasan)

Monday, October 10, 2011

Untuk dibaca dengan nada sayu dan sendu.

Saya ada sebuah kisah sedih untuk diceritakan. Tapi saya tak sedih. Saya harap orang yang mendengarnya akan berasa sedih.
Lalu, saya pon cuba menceritakan kisah sedih tersebut kepada kawan2 saya, sebelum saya sampaikan di blog ini.


Reaksi mereka sangat tidak diduga.



Mereka mentertawakan saya.



Seorang insan bernama Adila mentertawakan saya, sampai berguling-guling atas lantai. (ye, betul..dia guling. atas karpet.)



Mungkin saya menggunakan intonasi yang salah. Ataupon mimik muka yang kurang tepat.
sepatutnya saya mempraktikkan skil bercerita batu belah batu bertangkup yang saya kuasai semasa darjah 6 dulu.
tetapi saya gagal.



Setelah seketika, mereka pon menghabiskan sisa2 ketawa.
Barulah saya sedar, kisah saya tu, tak sedih langsung.

Jadi, saya mengambil keputusan untuk tidak menceritakannya di sini.







Sekian, salam wawasan dan salam perpaduan ummah.
Hidup rasa sangat simple. Bila kita tahu tiada siapa menunggu kita. Dan kita tak menunggu sesiapa. Kan?
Sudah jimat masa berfikir dan kerut-kerut muka.
Bila tiba masa. Cuma katakan, YA! :D


















.

ape benda pulak aku merepek senja2 ni -..-

Friday, October 7, 2011

Sometimes I can feel the pain. Heavy chest, and hard to breathe. Knowing my friends, heartbroken.

Love, can be so meaningful. At the same time, cruel.

Dear love, wherever you are. Whoever you are.
Don't let me feel the pain for real.

Stick with me. Here till hereafter. Please.

Tuesday, October 4, 2011

pembaca yang masih belum matang fikirannya, sangat tidak dialu-alukan

hidup ni memerlukan peningkatan. barulah bermakna kan. sebab tu setiap orang nak jadi lebih baek dan lebih hebat.
tapi ,apakah kayu ukur kehebatan itu? hasil dari pengalaman beta yang terlampau kuat merepek bersama rakan2, kami telah berjaya menetapkan anak2 tangga tahap kehebatan manusia.

tahap 1 : Naek Sheikh
apabila anda tiba2 menjadi sangat bersemangat untuk melakukan sesuatu. yakni semangat yang sangat berkobar-kobar. ribut taufan semua sanggup diredahi. kalau boleh dan2 tu jugak semua benda nak buat. tenaganya meningkat serta merta seperti baru disuntik steroid. mata membulat dan wajah pon bercahaya.

tahap 2 : Tahap Mokhsha
anda kini sudah semakin expert dalam bidang yang anda ceburi. ramai orang yang naek sheikh, tapi akan berhenti separuh jalan. hanya segelintir orang je akan berjaya mencapai ke tahap mokhsha. di tahap ini, ilmu penuh di dada. segala benda boleh diselasaikan sambil tutup sebelah mata.

tahap 3 : Tahap Nirvana
orang yang mencapai tahap nirvana bukan sekadar menguasai satu bidang, malah berbagai bagai bidang. pengetahuannya lebih hebat dari tahap wikipedia. segala benda sangat mudah baginya, pejam mata je. dari seribu orang yang mencapai tahap mokhsha, hanya satu sahaja yang berjaya memperoleh tahap nirvana. kesabaran dan consistency sangat penting. di tahap ini anda perlu cool, jangan terlampau naek sheikh, nanti sakit tulang belakang.

tahap terakhir: Kelahiran Semula
ya, ini tahap yang sangat mustahil. mati hidup semula, lalu menjadi sangat hebat dan mempunyai super power. beta tidak pasti 'mati' yang dimaksudkan itu adalah dicabut nyawanya, atau sekadar tidur mati. kerana masih belum berjaya lagi menjumpai siapa2 yang berjaya menempuh tahap kelahiran semula. sebab setakat ni, semua yang mati tu, masih mati lagi selamanya. ada ura2 yang mengatakan tahap kelahiran semula ini hanya mitos semata-mata. kajian lebih mendalam masih perlu dilakukan.







p/s: tak perlulah dinyatakan lagi. semua orang pon patut tahu ini adalah gurauan bodoh semata-mata.

gurindam lima minit

salam cinta
salam agama
salam kasih dan mesra
salam penyampai khabar berita

diam bukan lupa
diam juga bukan tak suka
diam ubi berisi katanya
dalam diam simpan rahsia

kalau sayang berpada-pada
bila sayang semuanya manis seperti gula
bukti sayang sampai ke syurga
bukan sayang sekadar bermanja

hati ini Allah yang punya
harus dijaga kesuciannya
selalu disuapkan benda yang lagha
dosa pon mungkin nampak macam pahala

darjat tidak pada kerjaya
tapi darjat insan bertaqwa
miskin bukan bermaksud hina
kerana syurga takde tag harga....