Tuesday, October 4, 2011

gurindam lima minit

salam cinta
salam agama
salam kasih dan mesra
salam penyampai khabar berita

diam bukan lupa
diam juga bukan tak suka
diam ubi berisi katanya
dalam diam simpan rahsia

kalau sayang berpada-pada
bila sayang semuanya manis seperti gula
bukti sayang sampai ke syurga
bukan sayang sekadar bermanja

hati ini Allah yang punya
harus dijaga kesuciannya
selalu disuapkan benda yang lagha
dosa pon mungkin nampak macam pahala

darjat tidak pada kerjaya
tapi darjat insan bertaqwa
miskin bukan bermaksud hina
kerana syurga takde tag harga....

No comments: