Thursday, March 21, 2013

Kekuatan untuk terus berjalan





Hari-hari aku cuba menjadi gembira. Terus menjadi seorang yang membuat orang lain ketawa. Memang berhasil, kerana sejujurnya aku rasa bahagia.

Tapi kenapa pada masa yang sama, aku tetap menangis setiap malam? Sejak abah pergi, setiap hari air mata adalah satu kemestian sebelum aku lelap dan hanyut dibawa mimpi.

Ke mana pergi kekuatan yang satu masa dulu Allah pernah kurniakan kepada ku?

Setiap malam aku mengharapkan abah dan mak datang menjenguk dalam mimipi. Tapi kenapa harapan itu tak pernah tertunaikan?

Jujur aku berasa sakit hati, tetapi takkanlah kepada tuhan hendak aku marahkan.
Sangat aku merasa benci kerana tidak sempat berbakti, tetapi percaturan tuhan takkan aku persoalkan.


Aku ku kenang setiap hari, wajah emak yang tersenyum di samping pokok bunga melur kegemarannya.
Akan ku ingat setiap detik, abah menghirup teh di waktu pagi sebelum memulakan harinya.

Akan aku berusaha perbaiki diri, agar Allah menjemput aku ke syurga, supaya dapat bersama mereka selamanya.