Wednesday, May 26, 2010

KENAPA BEGINI

semua orang pon pernah buat macam ni. jika anda normal seperti saya, bermakna anda pernah melakukan apa yang saya katakan ini.

ini situasinya.
anda duduk bersama dua tiga orang kawan2 rapat anda. kemudian korang start berborak. lepas beberapa ketika, korang akan mula bercakap tentang seorang kawan rapat korang, tetapi dia tidak ada di situ. mula2 bercakap tentang kebaikannya, tapi entah kenapa secara tiba2,perbualan itu melencong. dan secara tak sedar ataupon sedar, korang telah mengumpat kawan itu.

as simple as that.

hakikat sebenar, anda telah menikam kawan itu dari belakang.
boleh juga kalau anda nak gelar diri anda bermuka dua. di depan, anda adalah sahabat baek, dan di belakang, anda adalah sahabat yang kadang2 memang tak berapa baek.

saya terpaksa mengaku.
perkara busuk ini selalu berlaku kepada diri saya. dan saya malu.
saya pernah bercakap sesuatu yang tak beak tentang setiap kawan2 rapat saya.di belakang mereka.tak kesah la siape yang mengusulkan 'pengumpatan' itu, tapi yang penting, umpat-mengumpat itu dilakukan tanpa rasa bersalah. hmmm..

jadi, tiba2 saya terfikir.
kalau setiap orang pernah diumpat. dan dikutuk belakang2, bermakna saya juga pernah menjadi mangsa umpatan juga.
dan saya terus berfikir.ape yang mereka umpatkan pasal saya.hmm?ape yang mereka tidak suka tentang saya.? ape yang buat mereka menyampah dengan saya? selalu ke saya menjadi bahan kata2 mereka.?
jawapannya; saya xkan pernah tahu.
dan hakikatnya, ia sangat menyakitkan jika kita tahu diri kita menjadi bahan umpatan.

hm. pengajarannya, sila nilaikan sendiri.
kesimpulannya, sila anda fikirkan sendiri.


sesiapa yang bertuah membaca post ini.pernah ke korang terfikir tentang perkara remeh macam ni? perkara remeh yang berpotensi mengheret kita ke neraka.sekian.

astaghfirullah. astaghfirullah. astaghfirullah.










nota kiut: saya maafkan semua orang setiap hari. semoga setiap orang juga memaafkan saya.

No comments: