Tuesday, October 4, 2011

pembaca yang masih belum matang fikirannya, sangat tidak dialu-alukan

hidup ni memerlukan peningkatan. barulah bermakna kan. sebab tu setiap orang nak jadi lebih baek dan lebih hebat.
tapi ,apakah kayu ukur kehebatan itu? hasil dari pengalaman beta yang terlampau kuat merepek bersama rakan2, kami telah berjaya menetapkan anak2 tangga tahap kehebatan manusia.

tahap 1 : Naek Sheikh
apabila anda tiba2 menjadi sangat bersemangat untuk melakukan sesuatu. yakni semangat yang sangat berkobar-kobar. ribut taufan semua sanggup diredahi. kalau boleh dan2 tu jugak semua benda nak buat. tenaganya meningkat serta merta seperti baru disuntik steroid. mata membulat dan wajah pon bercahaya.

tahap 2 : Tahap Mokhsha
anda kini sudah semakin expert dalam bidang yang anda ceburi. ramai orang yang naek sheikh, tapi akan berhenti separuh jalan. hanya segelintir orang je akan berjaya mencapai ke tahap mokhsha. di tahap ini, ilmu penuh di dada. segala benda boleh diselasaikan sambil tutup sebelah mata.

tahap 3 : Tahap Nirvana
orang yang mencapai tahap nirvana bukan sekadar menguasai satu bidang, malah berbagai bagai bidang. pengetahuannya lebih hebat dari tahap wikipedia. segala benda sangat mudah baginya, pejam mata je. dari seribu orang yang mencapai tahap mokhsha, hanya satu sahaja yang berjaya memperoleh tahap nirvana. kesabaran dan consistency sangat penting. di tahap ini anda perlu cool, jangan terlampau naek sheikh, nanti sakit tulang belakang.

tahap terakhir: Kelahiran Semula
ya, ini tahap yang sangat mustahil. mati hidup semula, lalu menjadi sangat hebat dan mempunyai super power. beta tidak pasti 'mati' yang dimaksudkan itu adalah dicabut nyawanya, atau sekadar tidur mati. kerana masih belum berjaya lagi menjumpai siapa2 yang berjaya menempuh tahap kelahiran semula. sebab setakat ni, semua yang mati tu, masih mati lagi selamanya. ada ura2 yang mengatakan tahap kelahiran semula ini hanya mitos semata-mata. kajian lebih mendalam masih perlu dilakukan.







p/s: tak perlulah dinyatakan lagi. semua orang pon patut tahu ini adalah gurauan bodoh semata-mata.

4 comments:

Cikalial said...

tapi, macam ada betolnye. HAHA

farah nabilah said...

hoho...apo ni mai :P merepek tahap gaban dah nie....apa2 pon, anda mmg terbukti kreatif!!! 'over tawwww' >.<

bukanputeriraja said...

ooh ..bukan2.. leynaa n dila pon terlibat dalam proses pengarutan selalunya.
ko kan tau, aku control cun,dorg yg giler ;p

Muzakkir Mohd Nor said...

ok..ilmu baru ni..