Saturday, May 21, 2011

Bila malam menjelma lagi

Dalam gelap yang sama
Lagi aku sedar.lagi seperti sebelum ini
Udara yang kini dihidu berbau lain
Wanginya tidak sama
Cahaya tidak sesilau seperti yang aku selalu rimaskan dulu
Ramah mesra orang-orangnya..aneh sekali
Tanahnya,tidak terasa melayu.

Malam ini, sunyinya sama..
Tetapi sepinya berlainan sekali

Aku tutup mata,
Lalu aku rasa empuknya tilam lusuhku ini
Dan kenapa pula kipas di siling berbunyi-bunyi mengganggu malamku?
Tiba-tiba batuk abah pula kedengaran.sudah tua dia..
Hm..ada bau maggi,mesti alif pon tak tido lagi. Niat mahu bangun dan sertai dia di dapur.

Aku buka mata.
Aku di australia.
Aku kecewa. Sambil lagu Linkin Park berkumandang di telinga.

Kupejam kembali.
Mengerekot dalam selimut..dan aku lena tanpa mimpi.

2 comments:

LaiLa said...

HOMESICK... kantoi. XD

bukanputeriraja said...

bukan..itu test skill berpuisi la ;)