Thursday, June 2, 2011

bila saya marah, wajah saya sangat CANTIK



aku marah! marah betul ni.! rase macam berapi-api je dalam dada ni. tak tau la rase berapi tu sebab heartburn pasal makan banyak sangat ke ape. tapi yang penting dada ni rase berapi. jarang2 betul aku nak rase marah2 ni. sebab aku ni kira penyabar dan chill la jugak orangnye. tapi kali ni aku betul marah. eh, berapa kali dah aku cakap aku marah ni?

biaq pi la adik AdindaEvans tu. aku tak mau komen la pasal statement dia tu. aku dah puas komen dalam hati. buat ape tulis kat sini.

yang aku marah ni pasal orang laen. yang kutuk dia satu hal. yang nak menasihat pun satu hal.
yang kutuk dia kaw-kaw tu, aku tak payah cakap banyak la. tu urusan kau, dia dan Allah. aku x mau decide or kate ape2. sebab aku bukan judge. aku bakal lawyer.!

ni yang nak menasihat konon2nye ni. ok, alhamdulillah la, korang nak tegur ke adik ni. ataupon pada masa yang sama korang jugak nak bagi peringatan kepada orang laen. so, sibuk la korang update staus facebook la, buat entri kat blog la apekebenda.

pastu tegur.. '' dik..berubah la...''

''dik...akak paham masalah adik''

yang nak ingatkan orang laen pulak, dok preach. ''janganlah korang menjadi seperti budak ini..! jangan! jangan!'' ok, over skit la ayat tu.

tapi yang aku berapi ni. korang tegur la konon. pastu letak gambar adik ni besar2 dekat wall, dekat blog. malahan, tidak cukup dengan itu sahaja, siap taruk link pegi blog adik tu pulak. ape? ape tujuan korang buat camtu. ape? it won't help.

''yeah...mari kita baca ramai2...!!! inilah budak yang aku nak nasihat tu..''
macam tu? macam tu?!


aib. aib .aib. aibkan adik tu. dan mengaibkan jugak diri sendirik. hipokrit. (ke tak sesuai guna hipokrit?)
seronok eh? sambil nasihat, bole sekali sebarkan cerita panas ni kan?? best kan?? kan??

dah, aku tak nak nasihat korang. pikirlah sendirik.dah besar rasenye masing2 kan,

tapi, seriously aku marah betul ni. kuat betul jari aku tekan keyboard, bole patah agaknye. emo sungguh aku malam ni. tak pernah2 bukanputeriraja marah sebegini rupa. selama ni entri aku simple2 and tak pernah la emo rasenye. malam (pagi) ni aku emo betul.)


huh. cukup.
marah itu api.
api itu syaitan.
astaghfirullah.
assalamualaikum.

1 comment:

LaiLa said...

samela. aku pon tengah marah doe. tapi, tulah. marah tu amalan syaitan.
Astaghfirullahallazim.
Semoga Allah kuatkan diri kita ni. :)