tak pernahku tahu
apa yang engkau marahkan.
aku tak faham
apa dendam yang engkau simpan.
mungkin kau sendiri tidak punya jawapan
mungkin dalam diam kau marah dengan ketentuan tuhan
di depan aku kelihatan seperti musuhmu
tapi dibelakang aku pertahankan kau segala yang ku termampu.
aku mahu yang terbaik untuk kau wahai adikku.
tapi tanyalah diri sendiri apa pula yang kau mahu.
semua yang disekelilingmu mengherdik dan menilai
sakit pada kau
sakit juga pada aku
kau yang dihiris
aku yang berdarah
kau yang jatuh
tapi aku juga turut patah
bayangan yang sama selalu bermain di fikiranku
apa yang berlaku 7 tahun lalu
tubuh kurusmu
mengerekot di atas lantai, menangis di sisiku
di samping jenazah ibu
teresak-esak kau keliru apa bakal jadi dengan hidupmu
sedih bagi kau
namun perit bagi aku.
melihat hilang tempat kau mengadu
dan menyedari ada kekurangan besar dalam hidupmu.
dan setiap kali bayangan itu datang
sukar sekali aku hentikan air mataku yang bercucuran.
walaupon berat, kau perlu bertahan
jalankan hidup seperti yang kau inginkan
asalkan jangan kau lepas batasan Tuhan
dengan Abah cubalah kau bertahan
senangkanlah hatinya selagi hayatnya dikandung badan.
larilah sejauh yang kau perlukan
jatuhlah sebanyak mana yang kau mampu tahan
kejarlah impian yang kau idam-idamkan
tapi kau perlu ingat, akan sentiasa ada tempat di sini untuk kau pulang dan berkasih sayang.