Friday, November 12, 2010

fantasi evolusi

semakin berkembang maju. dan juga semakin membesar.
kau juga semakin creative dan itu bermaksud kau semakin pandai.

dulu malam2 kau kene buat kerja sekolah. sekarang buat assignment.

dulu nak periksa mak suruh baca buku. sekarang kau perlu study.

ingat tak lagi masa kau bersungguh-sungguh potong majalah sebab cikgu suruh buat buku skrap?
hm. sekarang sengsara tak bila masa kau bertungkus lumus siapkan research projek pada saat2 akhir?

kalu dulu kau mencarut kau sebut 'babi'. sekarang kau dah terer men'fuckyoubebeh damn shit what the hell''.

kecik2 dulu kau cuma tau jantina perempuan dan lelaki. sekarang kalau kira mungkin dah ade 5 6 7 jenis jantina manusia.

ah. kau perasan sesuatu. tu semua hanyalah perubahan2 istilah dalam kehidupan kau. itu semua bukan indicator yang menunjukkan kau semakin hebat dan berkembang maju. kau kene tahu, itu melambangkan kau kini berada dalam frasa yang baru, tingkat2 pada umur kau itu.

satu hari nanti, baru kau akan berjalan atas tanah.betul2 berjalan. sebab sekarang kau ade tongkat di kiri dan kanan. juga2 tilam yang menyambut kau bile kau tergolek tersembam.
semua yang kau buat, banyak impaknya pada diri kau sendiri dan orang laen. bukan setakat kau fail exam macam sekarang.ape kau kesah kalau fail kan? bukan bole bawak mati pon. lain la kalau kau nak bunuh diri.

takpe. suke hati kau lah. dan suke hati aku jugak.
ending dia senang saja nanti.

sama ada syurga, atau bukan syurga. senang kan?






1 comment:

Ain Atika Zailani said...

betul3...sokong...semoga kita sentiasa dalam peliharaan Allah... amin...