Monday, October 11, 2010

puteri gunung tidor

sekali lagi mimpi yang mengecewakan.
mimpi pasal dia selalu jatuh dalam kategori mimpi yang lucid, bermakna aku boleh mengawal segala yang berlaku. malangnya tidak
kenapa setiap kali, aku nampak dia di depan mata. cuba berkomunikasi pasti tak berjaya.
aku mengaku, aku masih rindu padanya sejak kali terakhir kami berjumpa. sudah lama. 2 tahun barangkali.

aku sedang hampir menangis dalam mimpi kerana frust apabila tiba2 ring tone nokia kacau line.lagi.

''te de teng2..te de teng2... te de teng, teng, teng..''

sila lah lagukan ring tone itu sendiri. hanya orang yang tinggal di pluto sahaja yang tak pernah dengar irama itu.

aku terjaga dan meraba-raba mencari telefon nokia yang berharga 95 ringgit itu dalam kegelapan.
mane? mane? bunyinya sangat kuat tapi payah benar mencarinya.
owh, seperti biasa, telefon murah itu sudah tergolek di bawah katil. lalu dengan bersusah payah aku menghulurkan tangan gemuk ini ke celah dinding.

ah, sudah dapat, tertera di skrin hitam putih itu ''o648**729''
lalu aku menjawab dengan suara penoh bersemangat. , ''hello..!''
suara di hujung talian menjawab, ''buek apo tu...tido ko?''
haish, penat aku menjawab dengan suara paling segar bugar, abah tetap tahu aku tido.


tanpa rasa bersalah, aku menjawab. ''eh, takdelah...tgh duduk dalam bilik ni haa..''
ya betul. duduk dalam bilik adalah bersamaan dengan tido mati.
aku menipu abah. sia2 sahaja dosa aku diampunkan pada hari raya bulan lepas.

''dah makan ko bolum ni?'' abah tanya dengan nada lembut dan mesra.
alamak. sekarang ni pukul berapa pon aku tak pasti. yg pasti hari sudah gelap.

''aa...dah. makan pukul 6 tadi'' haih..tipu lagi. padahal perot ini masih kebuluran menahan lapar dari tengah hari.
aku masih ingat, masa sekolah asrama dulu, aku selalu tak dinner. sebab lauk tak sedap. dan kadang-kadang apabila abah menghubungi telefon bimbitku yang dibawa masok secara illegal ke asrama, abah pasti bertanya soalan yang sama. ''tadi makan apo?''
dan aku pula akan mereka-reka cerita aku makan lauk yang sedap. aku tidak sampai hati untuk memberitahu aku tidak makan apa2 pada malam itu. aku kenal sangat perangai abah. hatinya tak akan tenang jika dapat tahu anak2nya tidor dalam kelaparan. maafkan anak. anak lagi rela menambah dosa daripada membuatkan abah kerisauan sepanjang malam. hari raya nanti, anak mintak maaf lagi. itulah yang sering berlaku sepanjang 5 tahun penghidupan aku di sekolah berasrama....

setelah berbual beberapa minit, kami pon mengucapkan bye kepada satu sama lain.

aku pon melihat jam di telefon bimbitku. oh, baru pukul 7.35. kali ni aku tak terlepas waktu maghrib. terima kasih kepada abah. kalau tak, pasti aku masih hanyut dalam mimpi yang sangat frust itu.

sangat syahdu nak balik ke kampung halaman hujung minggu ni. see u, abah! (macam la rumah jauh sangat, over tau!)



ala bah..pandang la kamera. jangan malu2




haa..macam tu la =D




No comments: