Monday, August 2, 2010

tidak perlu tajuk yang poyo dan tertekan =D

''kegagalan.
peringkat hidup yang kali ini penuh dengan kegagalan.
mungkin sudah terbiasa dengan kejayaan dan kehebatan yang diperolehi dengan cara yang mudah pada masa lalu.

biasa sekali mendengar. bila gagal.akuilah kegagalan itu. selepas itu, cara punca dan jalan penyelesaiannya.
namun hairan sekali. sudah berkali-kali mengakuinya. dan sering kali juga kegagalan itu dicanang-canangkan. seolah-olah sudah menjadi kebiasaan. dan hampir menjadi kebanggaan.
sering ingin menunjukkan siapa punya kegagalan yang lagi dasyat.

jala-jalan penyelesaian selalau sangat difikirkan. tapi jarang sekali ia dijalankan.

kadang2 rasa seperti semakin bebal. jika engkau boleh lakukan, maka aku juga bisa sebegitu,bukan?
adkah kerana sering tersilap langkah? atau sengaja langkah itu diperlahankan untuk biar kau jalan dahulu. tidak boleh dibiarkan sebegini kerana lambat laun makin jauh pula ketinggalan.

tangan ini rasa kosong kerana seperti tiada yang menggeggam. mungkin juga salah sendiri kerana ego dan lebih suka berjalan seorang. cuma disuluhkan dari jauh, dan selekoh dihadapan terpaksa pula meraba dalam kelam.

belom lagi tiba di penghujung jalan, tapi persimpangan semakin jelas kelihatan.
adakah ke kiri? mungkinkah ke kanan?''

No comments: