Wednesday, May 5, 2010

surat berantai mutiara

SILA JANGAN BORING MEMBACA POST INI. TOLONG LA...SAYA MERAYU, BACE SAMPAI HABIS,OK?
GOOD GIRL....OK2, GOOOD BOY JUGAK!

wahai kawan2.(nada serius)
ok.hm.
semasa beta sedang mengusha-usha facebook tadi,tibe2 ade la sorang kawan forwaardkan mesej.
kite memang akan selalu dapat surat berantai kan? (@mesej berantai)
ape tu surat berantai?
ala..surat yang bile korang da bace, korang mesti kene sebarkan dekat orang laen...
selalu surat2 @ mesej berantai ni suke tulis bende merepek-repek.ntah pape je.
pastu dia kate kalu da bace, wajib forwardkan, kalau x..anda kan ditimpa malapetaka..adooiiyai.

huh
beta selalu kalau dapat benda2 macam ni, beta x layan.buat bodo jer.

tapi.apa yang beta dapat kali ni agak menyentuh hati. bukan la touching ke ape..maksudnye, bile da bace, timbul sedikit kesedaran tentang ape yang jadi sekarang.
mesej yang nak disampaikan sikit je tapi sangat penting. sebab bendenye sangat simple. and perkara yang simple tu la orang selalu abaikan.

secara jujur..bagi beta kesahihan sumbernye agak sedikit diragui. tak tau la betul ke tak.
tapi ape yang penting, mesej yang diasampaikan tu beta yakin ia adalah benar.

jadi, beta pon nak korang bace la ape kandungan mesej yang simple tapi penting itu...
actually, mase beta dapat mesej tu, dekat bawahnye ade disertakan contoh orang yang menerima malapetaka jika dia x sebarkan (wajib buat 20 copy pulak tu) ....dan ade contoh orang yang mendapat nikmat apabila dia menyebarkan mesej tu...
tapi.beta takkan masukkan benda2 tu.sebab..kalu kita rasa tanggungjawab kita adalah untuk menyebarkan, jadi sebarkan la.kalu rase tak nak. tak payah la. jgn la terbawa-bawa dgn ape2 ugutan atau ancaman. sebab itu semua kuasa Allah kan?? kan??

haaaa. ni mesej nyer..pendek je pon.( aku je membebel lebih2 ni pesal?)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
ini adalah surat wasiat dari penjaga makam
Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad
Maeine (Saudi Arabia).
pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di
makam Rasulullah SAW.
selepas membaca lalu
hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi
didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada
hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal
dunia di zaman ini tiada seorang pun yang
matinya dalam keadaan beriman.

(a)isteri tidak mendengar kata suami.
(bakal2 isteri..igt tu...da kawen nnt, taat dan patuh pada suami tau..jgn lawan cakap. walaupon kite di pihak yang benar..kita mesti sentiasa merendahkan suara pada suami. tegur elok2.jgn jerit2 kat suami. selagi ape yang disuruh x bertentangan dengan syariat, korang wajib follow tau....p/s: sayangi ibu mertua anda juga.kerana ibu n bapa suami anda sangat penting bagi suami anda.--mai,cukup mai--)

(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(nanti dah kayo, jangan lupo diri tuh. kalo harte banyak, share2 la dengan orang laen. korang kene bayangkan,setiap kalI akaun dunia korang dikreditkan ke jalan Allah, maka akaun akhirat akan didebitkan berkali-kali-kali ganda tau.yang penting ikhlas. ni nak sedekah kat pak cik yang mintak sedekah kat McD tu pon kedekut---kau la tu mai--)

(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat
kebajikan.
(zakat itu rukun islam. sebagai tanda kesyukuran. kalu sayng bini, bayar zakat. kalu sayng anak, bayar zakat. harta sikit, bayar zakat....harta berlambak, lagi la kene bayar..kalu tak, nnt kat akhirat harta tu jadi kayu api letak kat atas tengkuk korang--betul ke?kalu salah tlg betulkan-- and..kalu nak buat kebajikan, tak payah tulis cek besar2.riak.api neraka menunggu orang yang riak. astaghfirullah)

Oleh itu(rasulullah berkata) wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu
menyedarkan kepada orang Islam ini supaya
membuat kebajikan, kerana hari
penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana
bintang akan terbit dari langit, sesudah itu
matahari akan turun di atas kepala.
PESANAN HAMBA INI
(a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita
Muhammad SAW.
( kalu lagu telephone by lady gaga bole nyanyi 40 kali sehari, takkan selawat just mase sembhayang je kan?
dariapda mencarut kat facebook,baek korang selawat kan? tenang jiwa yang kacau.)

(b) bertaubatlah - dengan segera sementara
Pintu Taubat masih terbuka.
(sejak masuk taylors kolej, da lame x buat solat taubat..padahal kat sini lagi banyak buat dosa. dah la kereta banyak kat subang jaya ni..silap hati bulan...ish3..ingat! taubat pon msti ikhlas. jangan show off bagi tau satu dunia korang dah bertaubat malam tadi)

(c) Bersembahyanglah
(paling penting tapi paling liat nak buat kan?? tak nak komen banyak2.pikir kla sendiri)

(d) berzakat - jangan ditinggalkan. (dah ulas tadi,, nak beta ulang kerr?? p/s: suke tengok resit bila abah bayr zakat.ingat lagi mase kecik2 tanye kat abah, "bah, harga anak RM3.50 je kerr?")

(e) Menunaikan Fardhu haji - bila
berkemampuan.
(anda mampu membiayai percutian ke eropah. tak kan ke tanah suci pon nak berkira bang? ajak la mak mertua pegi sekali kalu mampu )

(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu
bapa
.
( walaupon dengan perkataan ''ah''......no,no,no, minta ampun selagi mereka ada. esok lusa mana tau Allah ambik balik mak abah kite)





SILA AMBIL SERIUS APE YANG ANDA BACA.

2 comments:

LAILA said...

emmm....

ikan :) said...

allahummasolli'alasaiyidinamuhammad...