A few daysSSssSS back, macam biasa beta berpusing-pusing dalam Guardian mencarik pencuci muka untuk ditonyohkan ke muka yang penuh jerawat ni. Salah satu perangai huduh beta ni ialah, beta tak pernah stick dengan satu brand yang sama. Setiap kali pegi shoping mesti beli brand yang lain. Nak tau sebab ape? Sebab beta suka sangat baca janji-janji manis yang tertulis dekat belakang botol pencuci2 muka tersebut.
Wah, memang suke giler bile tertera tulisan seperti
“clean and clearkk will smoothen your face and prevent acne” ataupon “produk syuurah mampu mencerahkan kulit anda dan wajah anda akan berseri bak mutiara yang digilap”.giler poyo tak beragak.
Sama jugak kalau nak beli shampoo. Produk yang bagi ayat janji manis paling baek memang akan berjaya mendapatkan perhatian beta untuk membeli beliau. Jadi dengan sepenuh harapan yang menggunung balik rumah bersungguh-sungguh le tenyeh ka muka.he he.
TETAPI
Selalunye produk2 tu sume memang indah khabar dari rupa. Ayat power tapi produk hampeh. tambah jerawat lagi ade la. Lepas tu mula la frust tak puas hati. Nak saman tapi tak berani. So, kitaran shopping pon bermula sekali lagi. Pergi guardian carik brand yang laen pulak...itulah yang selalu terjadi kepada diri beta ini.
BUTTTT (oppss)
Benda2 bodo macam ni bukan just terjadi dekat beta sorang je. Sesiapa yang berjantina perempuan tulen pasti selalu berhadapan dengan situasi sebegitu.(perempuan jelmaan x dikira eh). Sebab memang dah jadi lumrah perempuan , senang sangat terpedaya. Lepas tu hampa. Kecawa. Frust menonggeng.ish.ish.ish.
Bile difikifikir semula, memang menyedihkan. And its not funny at all. I repeat, not funny.
Ok , now let see the similarities between skin care product and guys.
Owhh..bila saat dan ketika lelaki menginginkan seseorang wanita, lembut gigi dari lidah. Lelaki akan menaburkan kata2 indah. Ayat jiwang berkarat-karat. Suke berjanji. Janji. Janji.Janji yang tinggi menggunung hingga tak mampu hati2 wanita untuk menolaknya.(emo sikit) Betul. Saya sebagai seorang perempuan tak malu untuk mengakui bahawa perempuan memang sangat mudah terpedaya. Hati mereka cair.meleleh-leleh.
Tapi.kadang-kadang. Selalunya. Most of the time. Janji tinggal janji. Mereka berubah hati.mereka pergi.
Beta tak pernah menyalahkan lelaki2 yang sering berubah hati. Xpe. Itu perkara biasa. Normal. Perasaan sayang tak boleh ditahan bila ia mendatang, dan tak boleh dihalang bila ia nak pergi.
tapi, ini satu perkara yang beta nak pesan. Mewakili kaum hawa, kepada kaum adam...
wahai lelaki, jangan tabur janji kepada kami. Kerana bila lelaki berjanji, kami mudah percaya dan akan mengharap sepenuh hati. Wahai lelaki, kau juga perlu tahu, bila kami dibiarkan terkapai-kapai menagih janji, hanya tuhan yang tahu betapa peritnya perasaan ini. wahai lelaki, kau mesti ingat pesanan ini. "perempuan selayaknya untuk disayangi, dan hati perempuan tak layak untuk disakiti"(bukan beta cakap, Datuk Jalaludin Hassan yg bagi ayat ni).hee.
1 comment:
guyz x kesah..u're right.i'm not stereotyping...its just an advice.and this post is actually dedicated to my fren . i'm not angry with guys. ;>
Post a Comment