Saturday, July 31, 2010

30 JULAI

.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
30 JULAI
lagi

30 Julai
sudah pergi
kalau sempat tahun depan jumpa lagi

30 Julai
kisahnya biar ku simpan sendiri.

Wednesday, July 28, 2010

tak cool la!

huh..
sape rase die cool? sape selalu mendapat ayat '' cool la kau ni'' atau pon ''giler cool kau ni..''.
haa..mesti orang tu cool. sape tak pernah dapat ayat macam tu, tak payah nak perasan. korang memang tak cool.

ha. beta nak bagi tau. beta ni 'cool' orangnye. sakit hati tak bace statement ni?
naseb la sape yang sakit hati tu. da beta selalu dapat ayat2 cool tu, nak buat camne kan?
sape rase menyampah cepat2 tutup page ni. cepat tutup. cepat tutup.

bukan ape, saje je nak poyo2.
ye la, orang cool mesti la poyo kan?
'cool' + 'poyo' = poyool. eh. tak eh? tak boleh eh?

hm. matlamatnye sekarang, beta just nak bagitau.. hari ni beta rasa sangat tak cool.

sangat tak cool bila duduk tunggu bas sorang2 dekat bus stop.
duduk dekat bus stop sorang2 sambil pegang kertas exam.
pegang kertas exam dekat bus stop sambil meleleh aiiirr mata~~
alamak.....! giler tak cool la hari ni.
ishh..buat malu je. yang mamat cine hensem dok sebelah beta ni asik ngintai2 pesal? saje je nak buat beta rase lagi tak cool..


SUDAH.

jom2 cerita pasal orang laen pulak.
taun lepas kan, ade orang bernama XxX.
kisah die lagi seronok.

Pada suatu pagi yang nyaman sentosa... beta menemani XxX pergi ke seberang jalan. Tujuan kami ke seberang jalan adalah untuk mengambil result peperiksaan bahasa inggeris antarabangsa beliau. (giler susah nak translate,,IELTS la). ditakdirkan, beliau agak kecewa dengan pencapaiannya. (part ni tak seronok eh).


Lalu..beliau pon menangis la di tepi jalan. sambil beta menemani...
beta pujuk. beliau nangis.
beta pujuk lagi. beliau nangis lagi.
jadi, beta pon duduk je la diam2 di sisi beliau.
TIBA-TIBA.....

datang la seorang jejaka berbaju biru gelap yang kacak bergaya dengan muke yang penoh mengambil berat.
jejaka itu bertanya dengan nada kerisauan.


''dik....kenapa ni?? apa dah jadi...?!''
lalu beta pon tolong jawab, '' xde ape bang, kitorang baru amik result exam tadi..hihik! ''
''oh................~~~''

lalu pemuda itu beredar sambil menggaru-garu kepala dan tersenyum kambing kepada rakan2nya.
nak tau siapa pemuda itu?
beliau adalah seorang anggota POLIS.
giler cool!

Sunday, July 25, 2010

REVENGE

Revenge. Itulah tajuk cerita yang dihasilkan oleh kumpulan kami.
Tahniah la Ms Prem sebab anda sudah berjaya memaksa sekumpulan pelajar undang2 untuk menghasilkan sebuah cerita fantasi. bukan la fantasi. Creative writing la konon. Pastu suroh present pulak tu.

Punye la rumit proses nak mereka cerita ni. Ade je yang tak setuju.Asik2 gadoh. Pastu gadoh lagi dan lagi. Lalu, beta menggunakan kuasa veto beta. Beta paksa ahli2 kumpulan beta untuk menggunakan idea beta. Best ke tak best, belakang kira. janji siap!
Haih..pastu, kebetulan dapat ahli2 kumpulan yang x berapa pandai melukis.
Laalu, terhegeh-hegeh la kami menghasilkan lukisan2 yang menyedihkan ni. Tak sangka pulak ade group effort gila buat presentation guna Movie Maker. Tak pon, ade yang edit2 gmbr guna photoshop ke adobe illustrator ke bende ntah. Aduh, rase 'rendah diri' giler bile beta cume gune Paint je. (mak aii,..malu eh). Lalu dipersembahkan gune powerpoint.

Tapi , ok la.. at least cerita group beta ni sume org bole layan, xde la syok sendirik sangat..wihaaa..

haa..kat bawah ni versi yang dah diringkaskan.marilah layan bersama. ;p



Ini. professor N. Professor N bercita-cita nak mencipta "Time machine". Ini adalah kerana Professor N rase die hampeh giler sebab x pernah cipta ape2 yang berguna.


Professor N dah ade cukup idea dan maklumat. Tapi prof N x cukup duit.
Nak pinjam bank asik kene reject.
Nak gadai rumah, takot bini marah.
Lalu... Prof N kene carik cara laen nak dapat duit.






Satu hari prof N nampak iklan.
Paham2 la. Iklan Ah Long Bukit Beruntong.


Prof N pon pinjam duit dari Ah Long.



Dipendekkan cerita, selepas time machine siap, Prof N x mampu nak bayar...



Prof N dibunuh oleh ah long.
dan ' time machine' yang diahasilkan oleh prof n telah dirampas oleh ah long.
Tapi ah long bodoh. ah long tak tau nak gune time machine tu. die simpan je buat pameran.





Bukan setakat bunuh prof N. ah long itu telah mengahwini Melati, anak perempuan prof N sebagai ganti rugi.
Anak prof N sangat sedih. Dia benci ah long itu sangat2.




Tetapi, melati tetap melayan ah long itu dengan baek.
hari2 Melati masak sedap2.
Inilah menu yang dimasak oleh Melati setiap hari. Ni baru breakfast. Belom lunch lagi.




Akibat kelazatan masakan Melati, ah long itu menjadi semakin gemok.. gemOK..geMOK..GEMOK... dan GEMOK lagi..




Satu hari, Melati menawarkan untuk ajar ah long gemok itu cara2 untuk menggunakan 'time machine' ciptaan arwah ayahnya. Sebenarnya, Melati ada niat tersembunyi.

Apabila Melati menunjukkan cara2 untuk menghidupkan ' time machine ' itu, melati telah menyepak ah long gemok ke dalam time machine . lalu ah long gemok
dihantar ke masa yang lalu.





ke zaman DInosour..!!



Kerana ah long gemok itu sangat gemok, dia tidak mampu untuk berlari apabila dikejar oleh dinosour.
Lalu ah long pon telah dibaham dinosour.





R.I.P
Roh prof N pon menjadi tenang.





THE END.



(adakan cerita ini sangat sedih?)
p/s: kalu korg perasan, gmbr prof N yg same telah di'recycle' berulang-ulang kali untuk babak2 yang berlainan. crop dan tampal saje!







nota sayang: Thanks to Caleb, Nina, Syak, Tan and me!



Wednesday, July 14, 2010

pencurik

orang zaman dulu dulu dulu tak reti berniaga.
mereka gune sistem barter, tukar-tukar barang.
tukar ayam dengan ubi kayu.
tukar pisang dengan telur itik..
tukar jagung dengan daging salai.. dan macam-macam lagi

lepas tu diorang pon pandai berniaga siki-sikit.
jual garam , beli garam
jual kicap, beli air gas..
jual kopi, beli kopi... dan macam-macam lagi.


tapi
orang zaman sekarang pon pandai berniaga.
macam2yang diniagakan. kalau orang zaman dulu2 dengar barang2 yang diniagakan sekarang, mesti dorang rasa heran dan terkezut. da tu, kalu xnak beli secara halal, bole curik2 pulak tuh.


beli air, juaal air
xnak bayar bil air, curik air
kesian SYABAS

nak menyelam, beli oksigen
hm.

nak buat rumah, beli pasir,
x cukup bajet, curik pasir
korek2, bawak lari.


kesimpulannye, xde kesimpulan







nota halus: sebenarnye tak tau nak post ape. tibe2 bukak Tv3 ade berita orang curik air..heeee




Saturday, July 10, 2010

welcome

welcome my dearest sisters to A0705 Casa Subang.
should i call them juniors?
so i'll be the senior?
actually, i don't really care about that.
its just, i want to tell u guys how lovely they are.
again. welcome sis.




Junior 1:
the very first thing she asked me is: ''how many indians, chinese and malays in this house??'
and i told her : ''4 malays, 2 indians and one chinese.''
then she spoke with her parents using her mothertounge with frowning face. well thanks, such a ''very good'' impression u gave me.



Junior 2:
instead of asking '' what is ur name?'',
the junior asked, ''what is the password for the wifi??''








yeah, nice beginning for youuu and all of us

Friday, July 9, 2010

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



tunggu kau jumpa yang laen dulu
baru kupercaya kau sudah tak mahu aku
lalu akan kugagahkan kaki
untuk bergerak kehadapan lagi

Tuesday, July 6, 2010

dia sudah pulang ke pangkuan....


5 july 2010
jam 9.45 malam.

kau merupakan antara makhluk tuhan paling indah yang ak pernah miliki.
walaupon ade rakan2 ku yang tidak menyenangi kehadiran engkau disampingku.

aku tak tahu apa salahku.
tiba2 engkau pergi tinggalkan aku.
jangan riasau, pemergianmu tidak akan ak tangisi...pergilah

aku masih ingat, aku jatuh cinta padamu pandang pertama.lalu nekad mendapatkanmu.
laen kali, kalu ade yang berjaya menarik hatiku lagi..akan kubiarkan sahaja.
kerana ak x sanggup nak kehilangan sesuatu yang seperti kamu lagi
tempoh kita bersama x lama,
nasib baek x lama...xde la aku sedih sangat kan..

maafkan aku kerana mungkin ak kurang ilmu untuk memeliharamu.
dan aku maafkan kamu kerana menggigit bibirku hari itu.

















R.I.P Awang
tikus mondok yang garang

Monday, July 5, 2010

semua orang nak rasa dirinya femes

Zakiah Thompson: ''saya sedang makan..oh enaknya..!''

Enon Lazer: ''owh..just got back from his house.so tired.''

Siti Syakilala: ''bye korang, nak pegi shopping dekat mydin ni''

Andrew Jidin: ''argghh..geram! fuck you man.''

Ahmad Que Haiderrr: ''studying hard for final exam. calculus i hate you.''

Wak Din Comel: ''busy! i need more time. god please make it 25 hours a day.''

Lionel Messi: ''i've got a very big dark dirty secret''



ahaha.. ape sume tu?
ala, macam la korang x biasa bace sume ni.. ni kan ala2 status kat facebook yang korang suka update. ok. bukan korang la. kawan2 korang.aha.( x nak mengaku pulak).

theres nothing wrong with. its just, don't u realised that those status sound so VAIN?
haha. yah vain. because i just read something bout facebook and its written there..~~

''The driving force behind the success of facebook is.. vanity''

so, i keep thinking. wut does it means? hmm..
yaa..now i get it. people love the idea that others are watching what they're doing.!

yes. u love it when people know u're eating.
u feel good when people know u're stressing out.
u like it when people know that u're hardworking.
u happy when people know u're out for date with ur damn hot girlfriend!.. (ok, lame..)
and at the same time u don't realised that people know that u don't have enough time for work, but u have a LOT of time for facebook. haha


oh please don't feel offended with wut i'm saying. i also do that SOMETIMES. i swear! sometimes only. only when i get bored.haha. i repeat, there nothing wrong for u to update such statuses. u hurt no one right? haha.its just i'm trying to express my feelings and thoughts about facebook users. which is you, and me. haha. (again)

you can continue with ur vanity. because there is nothing wrong with it! haha ( oh.it sounds so sarcastic)
and please don't stop updating ur statuses, ok? haha.

after realising about the fact that we people are sooo vain, i just can't stop smiling.ha.
eh, but still, i like those who posted words of wisdom, articles, videos...which are not..so...vain.yeah.



you know what?
i'm sleeping rite now!







nota halus: ok..rase sgt pelik post dlm bahasa omputeh, fake giler rasenye.